Anda merupakan sidang redaksi majalah sekolah.Anda telah menemu
ramah seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun
lepas.Tuliskan temu ramah anda selengkapnya.
Atiah : Selamat pagi saudari.Saya, Atiah sidang redaksi majalah
sekolah ingin menemu ramah saudari tentang kejayaan
cemerlang saudari dalam peperiksaan UPSR. Sebelum itu,
saya ucapkan syabas.
Atirah : Terima kasih dan selamat pagi. Sila teruskan temu ramah
saudari. Saya akan cuba menjawab semua pertanyaan saudari.
Atiah : Apakah perasaan saudari apabila muncul sebagai murid terbaik
dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini?
Atirah : Saya berasa amat gembira kerana segala pengorbanan saya
selama ini membuahkan hasil.
Atiah : Apakah rahsia di sebalik kejayaan cemerlang saudari ini?
Atirah : Saya tidak mempunyai sebarang rahsia.Setiap hari, saya belajar
mengikut jadual waktu yang telah saya tetapkan sendiri. Jika ada
masalah, saya akan bertanya kepada guru. Selain daripada itu,
ibu dan bapa serta keluarga saya sentiasa memberi dorongan,
semangat, perangsang dan tunjuk ajar kepada saya.
Atiah : Bagaimanakah dengan penglibatan saudari dalam aktiviti
kokurikulum?
Atirah : Saya ialah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu dan Setiausaha
Kelab Membaca. Dalam permainan, saya mewakili sekolah
dalam pasukan badminton dan bola Jaring.
Atiah : Apakah cita-cita saudari pada masa hadapan?
Atirah : Saya akan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan agar
dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Harapan saya agar
dapat menjadi seorang doktor pada suatu hari nanti.
Atiah : Apakah pesanan saudari kepada rakan-rakan yang akan
mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini?
Atirah : Nasihat saya kepada mereka agar belajar bersungguh-sungguh.
Jangan cepat berputus asa Allah akan menyebelahi mereka yang
sentiasa berusaha gigih. Selain itu, mereka harus yakin pada
kebolehan diri sendiri.
Atiah : Baiklah saudari, harapan saya semoga saudari terus berjaya
dan terima kasih kerana sudi ditemu ramah.
Atirah : Sama-sama.
Sunday, February 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
New comments are not allowed.