Jalan Raja Udang,
Taman Angsana,
43700 Kelang,
Selangor.
20 Oktober, 2009.
Kehadapan saudara yang diingati selalu. Semoga berada dalam
keadaan sihat selalu di samping keluarga.
Saudara,
Apa khabar saudara sekarang? Saya harap saudara sentiasa sihat
wal afiat. Bagi saya di sini semuanya dalam keadaan baik.
Tidak lama lagi kita akan menjalani peperiksaan akhir tahun.
Di sekolah saya ia akan dijalankan pada 1 November sehingga
3 November ini. Bilakah pula peperiksaan di sekolah saudara akan
dijalankan? Kini, saya sedang giat mengulang kaji sebagai persediaan
untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Maklumlah, keputusannya nanti
akan menentukan kelas saya pada tahun 2010 nanti. Adakah saudara
sudah membuat persediaan?
sudah membuat persediaan?
Sudahkah saudara merancang aktiviti untuk masa cuti akhir
tahun nanti? Saya sudah bercadang untuk pulang ke kampung nenek saya
di Terengganu. Saya suka akan suasana di desa kerana saya boleh pergi
ke sawah, memancing ikan atau bermandi-manda di sungai. Di manakah
pula kampung saudara?
ke sawah, memancing ikan atau bermandi-manda di sungai. Di manakah
pula
Saya juga ingin mendapatkan sedikit tips daripada saudara tentang
cara-cara untuk berjaya dalam subjek Matematik. Maklumlah, saya lemah
sedikit dalam subjek tersebut. Kadang-kadang lulus dan adakalanya saya
gagal. Kalau saudara dapat membantu, saya rasa sungguh bersyukur.
Sampai di sini dahulu untuk kali ini. Semoga kita dapat bersua
lagi di lembaran akan datang. Jangan lupa untuk membalas surat saya ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Shahrin
(Shahrin B. Majid)